01 Julai 2012

Status Projek Menaik-taraf Dewan Solat 2

Assalamualaikum wbk.

Projek menaikkan-taraf Dewan Solat 2 dari khemah separuh kekal kepada bangunan berdinding kini hampir selesai. Hanya kerja-kerja finishing masih dijalankan. Namun kerja-kerja memasang penghawa dingin ditangguhkan sehingga menerima cukup dana. Setakat hari ini, dana kutipan dari dermawan dan anak kariah untuk projek ini adalah sekitar RM21,000. Ini masih belum mencapai target RM60,000 yang diperlukan dan pihak surau terpaksa menghentikan kerja-kerja sementara menunggu jumlah dana terkumpul bertambah. AJK Surau amat berbesar hati jika ada mana-mana pihak, sama ada individu mahupun badan korporat yang sudi untuk menaja pembelian 4 unit penghawa dingin, kipas tambahan dan lampu-lampu tambahan.

Berikut adalah gambar-gambar sebelum projek dan semasa projek dijalankan:

Sebelum Projek: Kolah wuduk

Sebelum Projek: Dewan Solat 2 yang dibina dengan khemah separuh kekal
Semasa Projek: Siling sedang dipasang

Semasa Projek: Dinding dipasang di sekeliling dewan dgn dilengkapi sliding door atau tingkap

Semasa Projek:  Kolah wuduk dipecahkan bagi memberi laluan utk pembinaan bilik wuduk utk muslimat

Semasa Projek: Bilik Wuduk Muslimat sedia ada dipecahkan bagi memberi laluan kpd pembinaan ruang solat

Semasa Projek:  Pembinaan tambahan ruang solat di luar surau untuk jemaah Solat Jumaat


11 Disember 2011

Peluang untuk infaqkan harta

Assalamualaikum wbk,

Muslimin & muslimat yang berhajat untuk menyumbangkan dana dialu-alukan utk projek-projek berikut:

a) memasang sliding door di sekeliling khemah tambahan
b) memasang siling di khemah tambahan
Selain dari itu, sumbangan juga dialu-alukan untuk dana pengurusan surau seperti bayaran pembersihan berkala di luar kawasan surau, pembersihan tandas, dan dana aktiviti riadah surau.

Semua sumbangan boleh disalurkan melalui Bendahari Surau, Sdr Arwan atau menerusi mana-mana pegawai atau AJK Surau.

Semoga sumbangan anda mendapat keberkatan dan dilipat-gandakan pahalanya oleh Allah SWT.

Wassalam wbk.

06 November 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalam wbk.

Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadah Qurban.

Hayati maksud Qurban yang sebenarnya agar kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya ibadat Qurban itu suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam, sebagai mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Dan jika kita renungkan dan mengikut tafsir Surah al-Kautsar, ibadat ini 'wajib' ke atas semua umat Islam kerana kita sentiasa menerima nikmat dariNya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam ...... renungkan.

Surau al-Mahdi akan menumbangkan 6 ekor lembu dan acara penyembelihan ini akan dilakukan mulai jam 10 pagi Ahad 6/11/11. Semua anak kariah dialu-alukan untuk bersama-sama bergotong royong melapah dan memotong daging-daging qurban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar Bukit Subang. Agihan daging akan dilakukan sekitar selepas Solat Zohor dan sebahagian dari daging-daging qurban itu akan dihadiahkan kepada anak-anak kariah yang berhajat. Sila datang ke surau untuk mendapatkan daging berkenaan.

Anak-anak kariah juga dijemput untuk sama-sama menikmati juadah sup tulang selepas Solat Isyak hari yang sama.

Sekian, semoga kita menjadi insan dan umat yang lebih bertaqwa.

Wassalam.

12 Jun 2011

CERAMAH ISRA' & MIKRAJ

Surau al-Mahdi akan mengadakan program di atas pada:

Tarikh: Jumaat 24/6/2011
Jam: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Surau al-Mahdi
Penyampai: Us Tajudin Mat Jali (Batu Kurau, Perak)

Semua jemaah dan anak kariah dialu-alukan ke majlis yang tersebut di atas dan diharap dapat mewar-warkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran.

10 Februari 2011

Forum Bicara Ilmu Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1432H, Surau al-Mahdi akan mengadakan program berikut:

FORUM BICARA ILMU MAULIDUR RASUL
Tarikh: Isnin 14/2/2011
Jam: 8.00 - 9.30 malam
Tempat: Dewan Solat Surau al-Mahdi
Panel: Us Aidil (Radio IKIM)
YBhg Us Datuk Hashim Yahya
Us Zamri (TV9)

Semua jemaah dan anak kariah dialu-alukan ke majlis yang tersebut di atas dan diharap dapat mewar-warkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran.

Wassalam wbk.

26 Disember 2010

Jejak Fisabilillah

Assalamualaikum wbk.

Buku Hijrah Iman merupakan nukilan Us Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr, seorang pendakwah yang asalnya seorang Kristian dari keluarga yang rapat dengan pertubuhan Gereja & NGO Kristian negeri Sabah. Beliau pernah mengikuti pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tetapi terpaksa memberhentikan pengajian kerana masalah kewangan. Dalam buku ini, beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam dan seterusnya menjadi pendakwah. Harapan beliau, hasil dari jualan buku ini, insya Allah, beliau dapat meneruskan pengajiannya ke Syria pada tahun hadapan. Hijrah Iman banyak membuka minda kita tentang tanggapan orang-orang bukan Islam terhadap Islam. Dapatkan buku ini terus kepada Us Ahmad Khairul Ikhwan yang baru menetap di Blok 14, Pangsapuri Melati dengan harga RM15.

Marilah kita sama-sama menyokong gerakan dakwah yang dilakukannya secara bantuan kewangan dengan sedikit sumbangan berupa pembelian sebuah buku berharga RM15 ini atau sumbangan kewangan untuk meneruskan usaha dakwah (yang kita sendiri tidak lakukan) terus kepada Us Ahmad Khairul Ikhwan dengan menghubungi beliau dengan email mujahidpitas@yahoo.com. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keredhaanNya dan dibalasi dengan limpahan rahmatNya dengan berlipat kali ganda.


Wassalam wbk.

19 Disember 2010

Senarai AJK Surau

Surat tauliah perlantikan AJK Surau sesi 2010/2013 adalah seperti berikut.


Sekian, untuk makluman.

05 Disember 2010

Makna Doa Semasa Duduk antara dua sujud

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua.

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Wallahu w'alam.

16 September 2010

Teruskan Mengimarahkan Surau & Masjid Selepas Ramadhan

Alhamdulillah, Surau al-Mahdi kekal penuh sehingga ke malam terakhir bulan Ramadhan. Semoga jemaah yang mengimarahkan Surau al-Mahdi sepanjang Ramadhan yang lalu akan tetap istiqamah dengan terus memenuhkan mana-mana surau dan masjid untuk solat berjemaah dan mengikuti majlis ilmu. Semoga keberkatan Ramadhan akan terus berkekalan hingga ke Ramadhan yang akan datang.

Jawatankuasa Surau al-Mahdi ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan semua jemaah dan para dermawan yang telah memberikan sumbangan dana dan infaq bagi menjayakan program Ihya Ramadhan 1431 lalu. Semoga Allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan dengan melipat-gandakan balasan pahala fisabillah dan amal jariah yang dilakukan.

Jawatankuasa Surau al-Mahdi juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua jemaah dan anak kariah. Gunakan sambutan idil fitri ini untuk kunjung mengunjungi rumah sahabat handai dan jiran-jiran sambil bermaaf-maafan merapatkan silaturrahim.

Jazalallahu khairan kathira dan wassalamualaikum wbk.

12 Ogos 2010

Tentang Aurat Wanita

Petikan dari blog Us Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jawabnya seperti berikut :-



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .


Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


Untuk nukilan lengkap tentang isu ini, sila layari blog Us Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/content/view/288/95/


Wallahu 'alam.

10 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan agar kita memulakan puasa dalam keadaan yang suci.

Seperti biasa, Surau akan mengadakan tazkirah selepas solat tarawikh/witir dan diikuti dengan tadarus pada setiap malam. Bagi muslimat, tadarus akan dilakukan pada waktu pagi.

Pihak surau mengalu-alukan sumbangan dan tajaan untuk bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan morey selepas tarawikh. Anak kariah yang berminat untuk menaja atau memberikan sumbangan bolehlah mengisi borang yang disediakan dan menghubungi AJK Surau Sdr Melyadi atau Sdr Radzi.

Tabung Ihya Ramadhan juga akan dibuka bagi menampung perbelanjaan program-program yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini. Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan.

Kepada semua dermawan dan penaja, pihak Surau mengucapkan Jazakallahu khairan kathira, semoga Allah membalas amal jariah and infaq tuan/puan dengan balasan pahala yang berlipat ganda dan diberikan rahmatNya.

01 Ogos 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Insya Allah, Surau akan mengadakan Gotong Royong Perdana sebagai persiapan menghadapi Ramadhan seperti berikut:

Tarikh: Ahad 8/8/2010
Masa: Mulai jam 8.30 pagi

Semua jemaah dan anak kariah dijemput untuk bersama-sama menjayakan gotong royong ini. Sumbangan tenaga dan kewangan amat dialu-alukan. Sumbangan juadah/potluck juga dialu-alukan.

Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan, semoga Allah membalasnya dengan limpah rahmatNya berlipat kali ganda.

Wassalam.

26 Julai 2010

Tajaan Sistem Suara Tambahan

Pihak Surau bercadang untuk menambah-baik sistem suara di dalam dewan utama dan di ruang solat khemah di kiri surau. Anggaran perbelanjaan termasuk amplifier tambahan, 2 speaker dan sistem pendawaian adalah sekitar RM7500. Dermawan yang ingin menaja atau memberikan sumbangan dana bagi projek ini bolehlah menghubungi Bendahari atau Biro Harta & Penyelenggaraan.

Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keredhaanNya.

Wassalam.

16 Jun 2010

Tazkirah - Isi Neraka

Petikan dari Kitab Muhimmah

Golongan perempuan yang menjadi isi neraka:

1) Perempuan yang jahat perkataannya terhadap suaminya, dan jika tiada suami di sisinya, dia tetap tidak memelihara dirinya dan jika hadir suaminya, dia akan menyakiti suami dengan lidahnya;

2) Perempuan yang lebih berkuasa dari suaminya;

3) Perempuan yang tidak menutup auratnya dan keluar dari rumahnya dengan memakai perhiasan untuk kemegahan;

4) Perempuan yang tiada matlamat hidup melainkan hanya makan, minum dan tidur, dan tidak melakukan solat, tidak taat perintah Allah dan RasulNya, dan tidak taat kepada suaminya.

Tiga golongan yang diharamkan Allah untuk masuk syurga:

1) Orang yang mengekali minum arak,

2) Orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya

3) Orang lelaki yang dayus, yang membiarkan ahli keluarganya melakukan kejahatan zina dalam pengetahuannya.

Wallahu 'alam.

19 Mei 2010

Ilmu

Ilmu yang memberi manafaat di akhirat adalah:

1) Ilmu yang dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah
2) Ilmu yang dapat memperbaiki amal ibadat kita
3) Ilmu yang dapat mengenali akan keaiban diri kita
4) Ilmu yang dapat mengetahui tipu daya syaitan.

Sabda Nabi S.A.W,
"Menuntut ilmu itu fardu ke atas tiap-tiap orang muslim, yang akil baligh".

Dan, ilmu yang diwajibkan FARDU AIN ke atas orang yang mukallaf yang dimaksudkan oleh hadis di atas itu TIGA perkara iaitu:


1) Ilmu Tauhid, iaitu ilmu mengesakan Allah
2) Ilmu Syariat, iaitu ilmu Furu' dan Ilmu Fiqah yang meliputi
- rubu' ibadat (wuduk, solat dll)
- rubu' muamalat (jual beli)
- rubu' munakahat (nikah kahwin)
- rubu' jinayat
3) Ilmu Batin, yang dinamakan ilmu suluk, ilmu tariqat dan ilmu tasawuf.

Sudahkah kita melepaskan tanggung-jawab kita mempelajari ilmu-ilmu di atas? Bagaimana dengan ahli keluarga kita?

Marilah bersama-sama.... kita penuhi masjid dan surau dalam mencari dan mendalami ilmu yang difardukan ke atas kita itu..... sementara masih ada masa, masih ada kekuatan, masih muda, masih punya harta, dan masih bernafas.

Wallahu 'alam.

25 April 2010

Kitab-kitab Pengajian di Surau Al-Mahdi

Berikut dipaparkan sebahagian dari kitab-kitab yang digunakan untuk pengajian/kuliah di Surau Al-Mahdi.


Kitab Faridatul Faraid yang dibincangkan oleh Us Azhar Hashim



Kitab Munyatul Musolli yang dibincangkan oleh Us Syobah



Kitab Muhimmah yang dibincangkan oleh Us Ahmad Farid




Kitab Sairus Salikin yang dibincangkan oleh Us Azhar Hashim


Kitab Penawar bagi Hati yang dibincangkan oleh Us Husni Zaim

08 April 2010

Sari Peristiwa ..... Al-Mahdi


Penerangan sebelum Solat Sunat Gerhana Bulan



Khutbah selepas Solat Sunat Gerhana Bulan



Majlis Berzanji meraikan kelahiran putera sulung Imam Syobah


Doa Berzanji oleh Us Azhar Hashim


Selawat Nabi



Marhaban


Tahnik disempurnakan oleh Us Azhar Hashim



27 Mac 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG

Assalamualaikum wbk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung dan Pemilihan AJK Baru untuk Surau Al-Mahdi akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh: Sabtu 10 April 2010
  • Masa: Selepas Solat Isyak

Pemilihan AJK akan dibuat dari kalangan anak kariah berdaftar dan oleh anak kariah berdaftar. Oleh yang demikian, semua jemaah dan ahli kariah yang belum menyerahkan borang Pendaftaran Anak Kariah, bolehlah berbuat demikian secepat mungkin. Tarikh akhir penerimaan borang pendaftaran anak kariah adalah pada 4/4/10. Borang pendaftaran boleh didapati di surau dan borang-borang yang telah diisi bolehlah diserahkan kepada mana-mana pegawai surau atau AJK.

Senarai nama anak-anak kariah yang telah berdaftar akan dipamerkan di Papan Kenyataan Surau dan akan dikemas-kini dari masa ke semasa sehingga tarikh Mesyuarat Agung.

Sekian, harap maklum.

Wassalam wbk.

Setiausaha Surau.

04 Mac 2010

Mencintai Rasulullah S.A.W

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting serta mendasar kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).” (Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Sabda Rasululah saw;

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Maksudnya; Rasulullah saw bersabda; Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi dari anaknya, bapanya dan sekelian manusia.

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ماله وأهله والناس أجمعين

Ciri-ciri Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW

1 – Mentauhidkan Allah

Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

2- Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya.

Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita.

Orang cinta Rasulullah saw pasti berusaha untuk menghayati al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya kerana ia adalah gambaran sebenar diri Rasulullah saw. Suatu ketika Aishah ditanya tentang akhlak Rasululah saw, lalu ia berkata; Akhlak Rasulullah saw adalah al-Quran.

3- Mentaati Sunnah Nabi SAW

Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah ;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

4. Menyebarkan sunnah Nabi SAW

Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

5- Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW dan Membenci orang yang dibenci Nabi SAW

Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda. Begitu juga hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak

6- Sentiasa memuji dan mengingatinya

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

Wallahu 'alam.